17 rumah terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat dan ribut


shadow

IPOH – Hujan lebat dan angin ribut selama sejam bermula pada pukul 5 petang menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Tasik, Pengkalan Hulu , semalam.

Memetik laporan Bernama, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, lima rumah penduduk serta sebuah bengkel kereta turut mengalami kerosakan apabila atap rumah diterbangkan angin ribut selain dihempap pokok tumbang.

“Tujuh anggota APM dikerahkan ke lokasi bagi kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan memantau keadaan penduduk di kawasan yang terjejas.

“Tiada pusat pemindahan yang dibuka kerana seramai 17 penghuni rumah yang terjejas terdiri daripada lima keluarga berpindah ke rumah saudara mereka yang terletak berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, banjir di kawasan itu telah surut sepenuhnya pada 8 malam tadi dan tiada mangsa yang cedera mahupun kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Tinggalkan komen anda