Rakyat Malaysia di Singapura boleh mohon permit masuk untuk pulang mulai 27 April


shadow

SINGAPURA – Rakyat Malaysia di Singapura yang ingin pulang ke tanah air melalui jalan darat perlu mendapatkan Permit Masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, bermula 27 April.

Memetik Bernama, menurut notis umum di laman Facebook, pemohon perlu menghantar butiran berikut; nama, nombor kad pengenalan dan pasport, tarikh berlepas dan hantar melalui e-mel [email protected], sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas.

Selain itu, perlu dilampirkan bersama adalah satu salinan pas Penduduk Tetap Singapura, Pas Jangka Panjang, Permit Kerja, Pelajar atau lawatan sosial.

Setelah diluluskan, Suruhanjaya Tinggi akan membalas e-mel mereka yang mengandungi nombor rujukan unik.

Kemudian, mereka perlu mencetak atau mengambil tangkapan skrin (screenshot) telefon bimbit e-mail tersebut dan tunjukkan serta serahkan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Johor Bahru.

Tinggalkan komen anda