Kenyang baham monyet


shadow

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Manjung menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter dipercayai baru menelan monyet di Kampung Pantai Tin, Sungai Batu, Pantai Remis,

Jurucakap APM Manjung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.40 petang sebelum empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, reptilia itu disedari pasangan suami isteri sebelum menghubungi talian kecemasan untuk bantuan lanjut.

“Anggota yang tiba kemudian mendapati ular berkenaan berada di tepi jalan dalam keadaan kekenyangan.

“Pasangan suami isteri menemui ular berkenaan ketika sedang menghalau monyet di kebun mereka dan memaklumkan haiwan itu baru menelan seekor monyet,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota APM mengambil masa lapan minit untuk menangkap ular berkenaan dan operasi tamat jam 7.50 malam.

myMetro

Tinggalkan komen anda