10 jemaah ‘dijemput’ ketika musim haji ini


shadow

SERAMAI 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadat haji, berbanding 42 orang pada musim haji tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia, antaranya menyarankan mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Besut, hari ini.

Musim haji kali ini telah pun berakhir dengan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka kembali ke tanah air pada Isnin.

Sementara itu, program Town Hall itu yang disertai kira-kira 300 peserta termasuk pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diadakan bagi memberi taklimat dan menjelaskan dasar yang telah dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda