Ahli sejarah mahu tulis ‘sejarah inklusif’ mohon sumbangan dana


shadow

Sekelompok ahli sejarah yang mendakwa mahu menulis sejarah lebih inklusif dan menyeluruh mencari sokongan orang ramai bagi membantu membiayai projek mereka yang bertujuan untuk mengimbangi buku teks sejarah kerajaan.

Projek Sejarah Malaysia Inklusif (IMHP) sedang berusaha menghasilkan enam buku merangkumi sebuah buku untuk bacaan umum dan buku teks untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Untuk tujuan itu, IMHP memohon sumbangan sebanyak RM3 juta untuk membantu mereka merealisasikan projek itu dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut:Iklan

– RM1 juta untuk penerbitan 20,000 naskhah buku utama, dan 7,500 salinan buku Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (jumlah 395,000 buku)

– RM950,000 untuk honorarium dua penulis utama, dua editor perunding dan 15 ‘pakar’ dalam bidang berkenaan.

– RM300,000 untuk mengupah dua siswazah sebagai pembantu penyelidik selama tiga tahun.

– RM500,000 untuk perjalanan, pengangkuta, dan penginapan

– RM300,000 untuk fotokopi dan bahan rujukan.

“Ini adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Kami dengan rendah hati merayu sokongan orang ramai, apa sahaja yang boleh diberi. Kami juga sedang mencari penaja utama jika ada.

“Walaupun kami tidak mendapat RM3 juta, kami akan tetap teruskan. Kita perlu mengurangkan kos, tetapi projek itu diteruskan,” kata penulis buku sejarah, Ranjit Singh Malhi kepada Malaysiakini dalam satu temu bual baru-baru ini.

Ranjit menulis beberapa buku teks sejarah dan memegang PhD dalam bidang berkenaan. 

Beliau dan bekas ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM) Sivachandralingam Sundara Raja akan menjadi dua penulis utama projek itu.

Beliau berkata dana berkenaan akan dikendalikan secara telus dan bertanggungjawab, dengan perkongsian liabiliti terhad ditubuhkan untuk akaun projek itu diumumkan kepada orang ramai.

Beliau juga menegaskan apa yang dilakukannya bersama Sivachandralingam bukan menulis semula sejarah, tetapi “menulis sejarah sebenar Malaysia.”

Sementara itu, Sivachandralingam menegaskan bahawa buku yang ditulis mereka akan berpegang kepada fakta.

“Semuanya akan berdasarkan fakta, dan kami akan biarkan fakta bercakap untuk diri mereka sendiri,” katanya.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda