Ayah dan anak maut motosikal rempuh lori PROPEL di Juru


shadow

JURU: Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori milik syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL)  di Kilometer 144.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Juru pada Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.07 pagi itu , S Anbalagan, 46, dan anak lelakinya A Dineswaran, 24, maut di lokasi kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika dua beranak itu yang dalam perjalanan dari Simpang Ampat menuju Juru merempuh belakang sebuah lori PROPEL yang berhenti menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan itu.

Akibat pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun seorang pekerja PROPEL yang berada di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akibat pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto Ihsan Pembaca

Akibat pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia. – Foto Ihsan Pembaca

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda