Badak sedia ketuai Harimau Malaya


shadow

Ketiadaan pemain senior, Aidil Zaquan Abdul Radzak tidak memberi masalah kepada Shahrul Mohd Saad yang bersedia mengetuai barisan pertahanan skuad Harimau Malaya untuk mengekang jentera serangan Jordan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Kapten pasukan Perak itu yang lebih mesra dengan panggilan ‘Badak’ dalam kalangan rakan sepasukan, menegaskan beliau bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain Johor Darul Ta’zim itu yang tidak disenaraikan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam senarai 27 pemain pada sesi latihan pusat kali ini.

“Aidil merupakan seorang pemain yang baik, dan saya harap pengalaman bersama Aidil sebelum ini dapatmembantu saya dan rakan-rakan lain pada perlawanan menentang Jordan dan perlawanan pusingan kelayakannanti,”katanya ketika ditemui pemberita sebelum bermulanya sesi latihan pusat skuad Harimau Malaya di PadangLatihan Sime Darby, Bukit Jelutong, di Shah Alam hari ini.

Berbeza pula dengan misi pemain tengah kebangsaan, Muhammad Hadin Azman yang bersedia merebuttempat dalam kesebelasan utama selepas dibelenggu kecederaan yang menyaksikan beliau digugurkan dari skuad negara.

“Saya agak terkejut juga mendapat panggilan daripada penolong jurulatih (M. Balachandran) tempoh haribahawa saya terpilih pada kali ini.

“Mungkin disebabkan prestasi semasa saya bersama Felda United menyebabkan saya dipanggil bersama skuad kebangsaan pada kali ini,” jelas kapten Felda United.

Pada masa yang sama, Muhammad Hadin bertekad untuk memperbaiki prestasinya dalam usahamembantu skuad Harimau Malaya meraih keputusan positif pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia2022/Piala Asia 2023.

Untuk rekod, kali terakhir pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama skuad kebangsaan adalah padaKejohanan Empat Negara Piala Airmarine 2019 pada Mac lepas yang menyaksikan Malaysia menduduki tempatketiga selepas menewaskan Afghanistan 2-1 pada penentuan ketiga/keempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aksi pemanas badan menentang Jordan merupakan persediaan skuad Harimau Malaya sebelumberhadapan dengan Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 5 Sept ini.

– Bernama

Tinggalkan komen anda