Bosnia diarah bayar mangsa rogol perang


shadow

SARAJEVO: Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan Bosnia membayar pampasan kepada mangsa rogol seorang anggota tentera ketika perang. 

Pertubuhan itu turut mengarahkan Bosnia menubuhkan skim pampasan jenayah perang selepas kes pertama keganasan seks dibawa kepada Jawatankuasa Menentang Penyeksaan PBB.

Aktivis berkata, mangsa dirogol seorang tentera Bosnia Serbia pada 1993 dan aduan itu mungkin akan menjadi panduan untuk membolehkan mangsa keganasan seks di seluruh dunia menuntut pampasan di bawah undang-undang antarabangsa. 

Perogol sudah disabitkan kesalahan dan diarah membayar pampasan 15,000 euro (RM69,891), namun gagal berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang.

Jawatankuasa kemudian membuat keputusan, Bosnia harus membayar mangsa dan menubuhkan skim agar mangsa rogol lain dapat menerima pampasan sama. 

PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 20,000 wanita menjadi mangsa keganasan seks ketika perang Bosnia pada 1990-an.

-myMetro

Tinggalkan komen anda