Dr M dedah sering periksa tandas dan dapati ia kotor


shadow

Tandas kotor dan busuk dan banyak sampah melambangkang kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya malu kerana saya sering kali pergi inspection tandas di Malaysia untuk tengok bersih atau tidak dan biasanya tidak (bersih) dan busuk.

“Itu mencerminkan sifat yang ada pada kita, sepatutnya kita berasa malu dengan keadaan itu.

“Sekarang kita mempunyai masalah sampah di sekeliling yang dibuang merata tempat selain kes kecurian air, paip, elektrik dan juga lampu jalan. Ini berlaku kerana kita tiada nilai sivik yang tinggi,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.

Mahathir berkata demikian dalam acara pendidikan sivik di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, perdana menteri juga berharap peningkatan kesedaran sivik dapat mewujudkan persekitaran lebih baik untuk rakyat Malaysia.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda