Dr Zakir Naik dipanggil kali ke-3


shadow

PENCERAMAH bebas Dr Zakir Naik dipanggil ke Bukit Aman, petang ini, untuk diambil keterangan kali buat kali ketiga.

Dia yang sentiasa berimej kopiah dan berkemeja putih serta berseluar hitam dilihat menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova berwarna gelap memasuki Bukit Aman jam 3.38 petang.

Jumaat lalu, Zakir turut memberi keterangan di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam.

Keterangan Zakir disambung semula pada Isnin lalu sebelum selesai 10 jam kemudian.

Pendakwah antarabangsa itu dipercayai datang bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, hari ini.

Rakaman percakapan itu dibuat susulan dua aduan diterima terhadap pendakwah terkenal berkenaan.

Satu aduan berhubung video ceramah beliau menyatakan penganut Hindu tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia sebaliknya menyokong Perdana Menteri India.

Aduan kedua mengenai kenyataan Zakir yang meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia yang dilaporkan sebuah portal berita.

-myMetro

Tinggalkan komen anda