Fakta angka haji


shadow

MAKKAH: Jutaan umat Islam memulakan ibadat haji dengan membanjiri kota suci hari ini yang dianggap sebagai salah satu perhimpunan terbesar dunia.

AFP yang memetik media Arab Saudi, menyenaraikan antara beberapa fakta menarik berkaitan ibadah haji pada kali ini.

Dianggarkan 2.5 juta umat Islam akan menunaikan haji tahun ini berbanding 2.37 juta orang pada tahun lalu, 1.86 juta pada 2016 dan hanya 24,000 orang saja pada 1941.

Menurut pihak berkuasa, berpuluh ribu kakitangan keselamatan termasuk lebih 17,000 anggota pertahanan awam ditempatkan untuk mengawal keselamatan jemaah manakala beribu kamera keselamatan ditempatkan di sepanjang laluan mereka.

Sebanyak 25 hospital, 156 pusat kesihatan dan lebih 30,000 pengamal perubatan bersedia untuk memberi perkhidmatan kecemasan kepada jemaah, lapor media tempatan dan kementerian haji.

Manakala terdapat kira-kira 350,000 khemah dilengkapi alat pendingin hawa disediakan untuk jemaah selain lebih 5,600 hotel dan bangunan pangsapuri di Makkah dan Madinah yang boleh menampung kapasiti 2.7 juta orang.

Semua jemaah terbabit menaiki kira-kira 3,000 penerbangan selain 25,000 pengangkutan bas yang membawa mereka ke Makkah.

-myMetro

Tinggalkan komen anda