Gantung mayat di jejambat


shadow

MEXICO CITY: Satu rakaman tersebar menunjukkan kumpulan kartel dadah paling berkuasa di Mexico menangkap dan menghukum musuh mereka sebelum mayatnya ditemui tergantung di sebuah jejambat pada Ahad lalu di Guanajuato, Mexico.

Daily Mail melaporkan, video terbabit menunjukkan beberapa anggota kumpulan kartel dadah Jalisco New Generation yang bersenjata menahan Adolfo Mendoza Valencia atau El Michoacano yang juga anggota kanan kartel dadah Santa Rosa de Lima.

El Michoacano mengawal operasi dadah di Valle de Santiago dan penangkapannya dibuat untuk memberi amaran kepada ketuanya, José Antonio ‘El Marro’ Yépez Ortiz.

Menerusi video berkenaan, El Michoacano kelihatan duduk di kerusi sambil tangan dan kakinya diikat selain kedengaran suara seorang lelaki yang menyoalnya.

Mereka turut melakukan perbuatan itu kononnya sebagai tindakan balas selepas Santa Rosa menyerang sebuah balai polis dan membunuh lima banduan sebelum membebaskan anggota mereka, El Mano Mocha pada Jumaat lalu.

-myMetro

Tinggalkan komen anda