Gojek beri manfaat pada pengguna di M’sia, kata Syed Saddiq


shadow

Membenarkan khidmat e-kelui motosikal Gojek beroperasi di Malaysia akan membuka persekitaran baru yang akan memberi manfaat kepada pasaran tempatan dan pengguna, kata Menetri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bercakap pada suatu majlis forum di Kuala Lumpur, Syed Saddiq mengulas kritikan yang membantah idea itu atas sebab keselamatan atau faktor-faktor lain.

“Terdapat orang yang cakap ini bukan cara untuk menjadikan Malaysia negara maju.

“Tetapi ekosistem Gojek lebih besar (daripada sekadar cara engangkutan),” kata MP Muar yang menjelaskan Malaysia ketinggalan di belakang negara jiran dari segi pembangunan keseluruhan persekitaran niaga yang ditawarkan khidmat e-kelui motosikal itu.Iklan

Katanya, kekurangan ekosistem akan membataskan pilihan khidmat yang boleh disediakan, malahan bagi khidmat penghantaran motosikal sedia ada.

Syed Saddiq berkata hal ini tidak seperti negara-negara yang mengunakan khidmat e-kelui lainnya, misalnya di Indonesia.

Beliau memberi contoh perkhidmatan penghantaran makanan, berkata pilihan khidmatnya cuma terhad kepada restoran besar, tidak seperti di negara-negara di mana pengguna boleh memilih penghantaran dari gerai kejiranan setempat mereka.

“Jangan lupa bahawa terdapat kira-kira 500,000 belia yang menganggur dan majoriti mereka kurang berkemampuan,” katanya sambil menjelaskan tumpuan perlu diberikan untuk menangani keperluan golongan anak muda ini.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Syed Saddiq berkata tidak akan ada monopoli dalam ekosistem khidmat e-kelui motosikal itu.

Menurut Syed Saddiq, beliau juga akan menyokong operasi berpotensi syarikat perkhidmatan teksi tempatan Dego Ride.

“Kita juga perlu membantu industri tempatan, seperti yang saya sebutkan, tidak ada orang yang boleh memonopoli ini.

“Hakikat bahawa Dego telah diketepikan sebelum ini adalah sebab terbesar mengapa kita melakukan ini …,” katanya.

“Kami mahu Dego, Gojek, Grabbike dan selebihnya untuk bersaing demi kepentingan pengguna.

“Saya mahu pastikan pengguna tempatan akan mendapat manfaatnya yang paling besar,” katanya lagi.

Gojek adalah syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Terdahulu hari ini, Menteri Dalam Negri Muhyiddin Yassin berkata butiran lanjut mengenai khidmat e-kelui motosikal masih diteliti Syed Saddiq dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk platform e-kelui milik penuh anak tempatan MyCar menggesa kerajaan untuk mengkaji semula keputusan untuk memperkenalkan perkhidmatan Gojek.

Kerajaan telah menolak suatu permohonan oleh sebuah syarikat Malaysia untuk memperkenalkan Dego Ride, versi tempatan Gojek.

Tinggalkan komen anda