Kes KSU Pelancongan masih di peringkat awal siasatan – SPRM


shadow

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan laporan blog Sabahkini2.com mengenai siasatan terhadap seorang ketua ketiausaha sebuah kementerian sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dimaklumkan oleh blog tersebut sebagai suatu yang tidak berasas serta mengelirukan orang ramai,”

“SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan masih di peringkat awal siasatan. Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak jangan membuat spekulasi yang tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan.

Awal hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Isham Ishak memberitahu media bahawa beliau hanya dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut berkenaan kes tersebut.

“Benar saya telah dipanggil oleh SPRM, peranan saya membantu siasatan. Ada beza antara disiasat dan bantu siasatan.

“Saya sudah berikan maklumat yang diperlukan (kepada SPRM),” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Isham berkata beliau perlu tampil membersihkan namanya dan juga keluarga daripada tuduhan sedemikian.

Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai fitnah sebuah portal berita bagi memburukkan namanya serta tidak berasas.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda