KiniTV dapat Anugerah Golden Play Button Youtube


shadow

KiniTV dianugerahkan Golden Play Button Award oleh Youtube selepas melepasi sejuta pelanggan di laman itu pada Mei 2019.

Pencapaian itu setahun selepas rekod 7.2 juta tontonan bagi menyaksikan liputan PRU ke-14 yang bersejarah.

‘Golden Play Button’ ialah sebahagian daripada program Creator Awards Youtube, yang mengiktiraf saluran paling popular di laman itu.

KiniTV dimulakan pada 2007, ketika itu dikenali dengan nama Malaysiakini.tv, dan dikenali dengan liputan bahasa Inggeris untuk pelbagai isu hak asasi manusia, termasuk himpunan Bersih dan Hindraf.

Ia mula dikenali sebagai KiniTV pada 2013. Perubahan itu membawa pertumbuhan yang membolehkannya mula melaporkan berita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

Selepas PRU ke-13, KiniTV mempelbagaikan lagi kandungannya meliputi buletin harian, dokumentari, dan video penjelasan dengan animasi dan data yang komprehensif.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda