Klip ‘Bersatu itu Umno’ cerita lama, kita kerjasama sekarang, kata Shafie


shadow

Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berkata, video yang memaparkan sebagi berkat “Bersatu itu Umno” adalah klip lama.

Shafie berkata keadaan telah berubah dan partinya, Warisan, kini bekerjasama dengan Bersatu.

“Sebelum ini, kita ada persefahaman bahawa Bersatu tidak akan masuk ke Sabah.

“Cerita itu (klip video) kerana kita tahu ada ahli parti (Warisan) ragu dan bimbang berkaitan jawatan mengenai kemasukan Bersatu ke Sabah.

“Hari ini Bersatu sudah masuk (ke Sabah) dan kita beri kerjasama di peringkat negeri Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Majlis DBKK ‘KK Moving Forward’ di Kota Kinabalu.

Video yang disiarkan di beberapa blog itu menunjukkan perbincangan seorang lelaki dengan beberapa perempuan – dipercayai penyokong Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor.

Hajiji ialah bekas Pengerusi Umno Sabah sebelum keluar parti hujung tahun lalu.

Dalam video itu, lelaki tersebut bertanya kepada salah seorang perempuan berkenaan sebabnya meyokong Bersatu dan bukan Warisan.

“Ini Bersatu, (seperti) Umno. Kamu (kena) faham politik ini. Jadi kenapa kamu ikut Bersatu?

“Siapa memerintah? Hajiji atau saya yang memerintah?” katanya.

Pada Disember 2018, Hajiji bersama-sama 13 Adun, empat anggota parlimen, dua senator dan 21 ketua bahagian mengumumkan keluar Umno.

Kebanyakannya kemudian menyertai Bersatu.

Kemasukan Bersatu ke Sabah pada mulanya ditentang Warisan, dengan Shafie sendiri menggesa parti itu berpegang kepada janji yang dibuat sebelum PRU ke-14 untuk tidak mengembangkan sayap ke negeri itu.

Bagaimanapun Shafie kemudian berkata Bersatu tidak boleh dihalanguntuk masuk ke negeri itu kerana tiada undang-undang yang melarangnya.

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menegaskan langkah itu bukan untuk mencabar kedudukan Warisan tetapi mengukuhkannya.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda