Komen ‘layan Lynas macam pariah’ tak rujuk sesiapa, kata PM


shadow

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penggunaan perkataan paria bagi mempertahankan kilang nadir bumi Lynas tidak merujuk kepada sesiapa.

“Saya tidak menujukan kepada sesiapa pun. Siapa yang saya rujuk?” Katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai anggota PKR Kapar yang membuat laporan polis terhadapnya kerana menggunakan perkataan menghina.

Beliau turut mengulang pendirian kerajaan, berkata kabinet akan membuat keputusan mengenai Lynas.Iklan

“Masalah lynas ini akan diselesaikan oleh kabinet dalan jangka mangsa enam bulan,” jelasnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

Pada 26 Ogos lalu, Mahathir berkata kerajaan tidak boleh melayan Lynas seperti “paria.”

“Jika kami layan Lynas macam paria dan minta mereka untuk keluar dari negara ini, kami tidak akan dapat orang lain untuk datang melabur ke negara ini,” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan perdana menteri menggunakan perkataan “paria” ketika menjelaskan tindakan kerajaan mengekalkan kilang nadir bumi Lynas di Kuantan.

Menteri dalam negeri berkata perkataan itu mempunyai maksud berbeza dalam bahasa Inggeris.

“Jika seseorang panggil kamu paria (dalam bahasa Inggeris), ia tidak berkaitan dengan paria bagi masyarakat India…

“Maksud mengikut konteks penting berbanding percaya perkataan itu (menghina orang India).

“Kerana kamu rasa ia (perkataan) paria ada kaitan dengan orang India, yang sebenarnya tidak betul,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin ketika mengulas mengenai anggota partinya yang membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir kerana menggunakan perkataan paria berkata laporan dibuat perlu berasas.

Pada 27 Ogos lalu, ahli PKR V Maneyvannan bersama tiga lagi individu lain membuat laporan terhadap perdana menteri di Balai Polis Sungai Kapar, Klang.

Manyevanna mendakwa Mahathir menggunakan perkataan yang mengguris hati masyarakat India.

Tinggalkan komen anda