Lemas motosikal terbabas masuk sungai


shadow

SEORANG lelaki dipercayai lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar dekat simpang Kampung Bongor Kudung, Kangar, hari ini.

Mangsa, Khairul Adli Hassan, 35, dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat ditemui terapung oleh orang awam pada 11.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai menghala ke Alor Setar sebelum terbabas.

“Pemeriksaan pada motosikal mangsa tidak menemukan sebarang kesan perlanggaran.

“Mangsa bekerja sendiri dan belum berkahwin,” katanya.

Wari berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-myMetro

Tinggalkan komen anda