OPPO kekal di kedudukan kedua di Malaysia


shadow

KUALA LUMPUR: Ketika pasaran telefon pintar berdepan kemelesetan berikutan masalah ekonomi global yang merudum, pengeluar telefon pintar global, OPPO meneruskan peningkatan pesat.

Berdasarkan laporan terkini Canalys, OPPO terus kekal di tempat kedua tertinggi pasaran telefon pintar di Malaysia bagi suku keempat berturut-turut, sejak suku ketiga 2018.

Data di atas diperolehi dari laporan tinjauan Canalys bagi suku kedua 2019 yang memaparkan, cabaran pasaran telefon pintar sehingga suku kedua 2019 dengan jumlah penghantaran menurun sehingga 15.3 peratus untuk sepanjang tahun.

Bagaimanapun, OPPO menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dengan jumlah penghantaran sebanyak 23 peratus berbanding, suku kedua tahun lalu dan menjadi telefon pintar kedua terpantas dalam penghantaran, berbanding pesaing pada tahun lalu.

OPPO turut menguasai 20% pasaran dan berada di kedudukan kedua industri telefon pintar di Malaysia, selain peningkatan pantas sebanyak tujuh peratus, berbanding suku kedua pada 2018.

Oppo terus meningkat dengan pantas bagi jenama telefon pintar pada suku kedua 2019.

Pada suku pertama fasa 2018 untuk tempoh suku kelima, OPPO berada di tempat ketiga tetapi pantas berada di kedudukan kedua pada fasa suku ketiga dengan 15.7 peratus pasaran di Malaysia.

Pada masa sama, F9, Find X dan Siri Pro R17 dilancarkan di Malaysia. Siri telefon pintar ini mendapat sambutan dengan setiap model meletakkan sasaran berbeza daripada premium sehingga kepada pertengahan dan mendapat pencapaian jualan cemerlang sepanjang tempoh kempen di kedai telco utama.

Jualan OPPO meningkat dan berterusan dan berada di tempat kedua di Malaysia sehingga suku kedua 2019. Ini membuktikan, pelancaran siri Reno, baru-baru ini, meletakkan jenama ini di bahagian hadapan dalam diskusi inovasi telefon pintar.

Sebagai tambahan, prestasi OPPO semakin kukuh di pasaran telefon Indonesia.

Tinggalkan komen anda