PATI Filipina diusir pulang


shadow

SERAMAI 911 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir pulang ke negara mereka, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah, Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semua warga negara jiran itu dihantar melalui pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Katanya, daripada jumlah yang dihantar itu membabitkan seramai 564 lelaki dan 236 wanita dewasa, manakala selebihnya adalah 63 kanak-kanak lelaki dan 48 kanak-kanak perempuan.

“Jumlah keseluruhan warga asing atau pati yang dihantar pulang setakat Ogos tahun ini sudah mencecah 7,844 orang.

“Bagi jumlah keseluruhan pati yang dihantar pulang pula kini direkodkan sebanyak 585,868 orang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sitti Saleha berkata, operasi penghantaran pulang warga asing ke negara masing-masing akan dilakukan secara berterusan.

Katanya, MKN Sabah amat komited untuk terus melaksanakan hasrat kerajaan Negeri Sabah supaya negeri ini bebas daripada kehadiran pati.

-myMetro

Tinggalkan komen anda