Pengenalan Jawi di SJK kekal tetapi hanya jika dipersetujui PIBG


shadow

Kerajaan memutuskan pengenalan tulisan Jawi bagi murid Darjah 4 di semua sekolah akan diteruskan.

Bagaimanapun bagi sekolah vernakular, pengajarannya hanya akan dilaksanakan jika ia dipersetujui Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan murid.

Perkara itu diputuskan mesyuarat kabinet hari ini dan diumumkan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan.

“Kementerian berharap melalui keputusan yang dibuat oleh mesyuarat jemaah menteri ini, isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai,” katanya.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda