TI gesa dana kaum India terus disalur pada yang memerlukan


shadow

Transparency International-Malaysia menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy menukar kaedah agihan peruntukan dana kepada Unit Transformasi India Malaysia (Mitra).

Presiden Transparency International-Malaysia, Dr Muhammad Mohan berkata Mitra tidak perlu mengulangi amalan kerajaan Barisan Nasional.

“Di bawah kerajaan sebelum ini, dana ini disalurkan kepada MIC, dan kita lihat selepas bertahun-tahun ramai yang masih terpinggir dan berada dalam kumpulan B40 ini.

“Kami menyeru menteri untuk menghentikan kaedah melalui persatuan dan badan bukan kerajaan, dan sebaliknya menyalurkan dana secara langsung kepada mereka yang memerlukan untuk mengelakkan sebarang penyelewengan,” katanya kepada Malaysiakini.Iklan

TI-Malaysia juga menggesa maklumat lebih terpenci mengenai perbelanjaan didedahkan berbanding maklumat yang kini boleh didapati di laman web Mitra.

“Ini termasuk yang menerima bantuan itu, jumlah bantuan kewangan yang diberikan kepada mereka dan untuk tujuan apa dan siapa yang memantau,” kata Mohan.

Katanya, ketelusan kerajaan akan mengelakkan spekulasi seperti mana perang mulut yang berlaku antara Waythamoorthy dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda