Warga emas lemas di tali air


shadow

WANITA warga emas ditemui lemas di tali air berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Buluh, Bagan Serai hari ini dipercayai terjatuh ketika memancing di kawasan itu.

Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa A Ayamah, 76, dilihat terkapa-kapai meminta pertolongan selepas terjatuh ke tali air itu sebelum disedari wanita yang sedang menunggu anaknya pulang sekolah.

Difahamkan, wanita itu yang melihat mangsa terkapai-kapai menjerit meminta tolong sebelum pekerja di tapak pembinaan berdekatan cuba menyelamatkannya.

Lelaki itu yang terjun ke tali air berjaya membawa naik mangsa namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah sias

-myMetro

Tinggalkan komen anda