Adele rasmi bercerai


shadow

Baru tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi popular Adele sudah memfailkan cerai terhadap suaminya Simon Konecki, mengikut dokumen undang-undang difailkan di AS.

Penyanyi hits Rolling in the Deep itu mengundang perhatian ramai sebelum ini apabila dia mengumumkan berpisah dengan Konecki April lalu.

Adele dan Konecki berkenalan pada 2011 dan menyambut kelahiran anak lelaki sulung mereka Angelo Adkins – kini berusia enam tahun – setahun kemudian.

Penyanyi yang terkenal dengan sifat perahsiannya itu berkahwin dengan Konecki, seorang pelabur yang menukar profesionnya sebagai pengarah aktiviti amal, dalam satu majlis tertutup pada 2016 selepas lima tahun menyulam cinta

Tetapi Adele hanya mengumumkan perkahwinannya pada 2017.

Dalam satu kenyataan, wakil pemenang anugerah Grammy itu berkata, Adele dan pasangannya telah berpisah.

“Mereka komited untuk membesarkan anak lelaki bersama-sama dengan penuh kasih-sayang. Mereka meminta agar diberikan privasi. Tiada komen lanjut,” katanya.

Album debut penyanyi itu, yang dikeluarkan pada tahun 2008 dan memaparkan lagu termasuk Chasing Pavement dan Hometown Glory, berjaya menduduki nombor satu di carta UK.

Album ketiga Adele berjudul 25, memecah rekod laris terjual sebanyak 800,000 salinan sepanjang minggu pertama dan menjadi album terlaris tahun 2015.

Laporan menyatakan Adele, 31 sedang mengusahakan karya terbaru apabila dilihat muncul di studio rakaman di New York pada Mac lalu.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda