Dr M, Anwar seru perpaduan kaum sempena Hari Malaysia


shadow

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu padu dalam mesej berasingan sempena sambutan Hari Malaysia.

Mahathir menerusi penampilan khas dalam klip video sempena Hari Malaysia oleh penyanyi Hazama Azmi, membacakan sajak mengenai ‘anak bangsa Malaysia’.

“Anak bangsa Malaysia. Bangsa kita bangsa merdeka, gagah dan kuat kerana kepelbagaian. Dari yang banyak menjadi satu, membawa negara ke persada dunia.

“Walaupun terdapat perbezaan, tembok pemisah kita robohkan. Bersatu padu tanpa kira warna kulit kerana kita adalah anak bangsa Malaysia,” katanya.IklaninRead invented by Teads

Video muzik itu disiarkan di laman Facebook rasmi Mahathir.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook berkata tarikh 16 September amat bermakna bagi rakyat Malaysia menghargai kekuatan kepelbagaian.

“Tatkala kita diasak dan dipasung dengan faham perkauman dan syak wasangka, mari kita raikan hari besar ini dengan memaknai kembali apakah sebenarnya kepelbagaian, keterangkuman dan kerukunan yang kita nikmati selama ini.

“Masa depan yang lebih baik adalah masa depan untuk semua tanpa mengecuali atau meminggirkan sesiapa,” katanya.

Tinggalkan komen anda