Eleonore dirampas Itali


shadow

MILAN: Polis Itali merampas sebuah kapal penyelamat pendatang Jerman yang terkandas di laut selama seminggu dengan lebih 100 orang di atas kapal itu, kata seorang jurucakap polis.

Timbalan Perdana Menteri, Matteo Salvini, menandatangani satu deklarasi minggu lalu yang melarang kapal Eleonore dari memasuki perairan Itali sebagai sebahagian daripada dasar tertutupnya terhadap pendatang yang tiba dengan bot dari utara Afrika.

“Kapal disita dan pendatang akan meninggalkan kapal sekitar tengah hari ini,” kata jurucakap polis di Roma yang menangani kes itu.

KAPAL penyelamat pendatang Jerman Eleonore yang terkandas di laut selama seminggu dengan lebih 100 orang di atas kapal itu. FOTO AFP

Kapten Eleonore, Claus-Peter Reisch, menerusi tweet semalam berkata pihak berkuasa Itali berada di atas kapalnya.

Katanya, dia terpaksa masuk ke perairan Itali dan mencari perlindungan kerana ribut dalam perjalanan.

“Selepas lapan hari menunggu pelabuhan selamat disertai usaha untuk meyakinkan negeri agar menerima 104 orang pendatang, akhirnya cuaca memutuskannya malam ini ,” katanya.

“Saya perlu isytiharkan Eleonore sebagai kes kecemasan kerana keadaan yang mengancam nyawa,” katanya. Kapal berkenaan dikendalikan badan amal Mission Lifeline Jerman.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda