Lelongan ditangguh lepas isteri tokoh korporat dakwa barang disita miliknya


shadow

Kes saman sivil pelucutan hak terhadap tokoh industri getah Vinod Sekhar menyaksikan episod baru apabila isterinya memperoleh penangguhan sementara untuk menghalang barang berharga yang dirampas dari rumah mereka dilelong.

Lelongan yang dijadualkan berlangsung di rumah di Bukit Tunku pada pukul 10 pagi tadi ditangguhkan sehingga keputusan selanjutnya, selepas mahkamah pagi ini meluluskan permohonan isteri Vinod, Winy Yeap Liew Heoh.

Difahamkan, Yeap memfailkan permohonan itu kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira 3.45 petang semalam, dengan mendakwa barang-barang yang dirampas oleh bailif mahkamah dari banglo di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 7 Ogos adalah miliknya dan bukannya Vinod.

Peguam Tan Wee Jiun, yang mewakili seorang warga Ireland yang menyaman Vinod dan yang telah dianugerahkan AS$108,000 (kira-kira RM449,000) oleh mahkamah awal tahun ini, berkata hakim Zuhrina Mohamed Noor telah memberikan penangguhan sementara lelongan selepas mendengar permohonan itu kamarnya pagi ini.

“Hari ini hakim memberikan penangguhan sementara (terhadap lelongan itu) dan menetapkan 21 Okt untuk menyerahkan keputusannya atas permohonan itu,” kata Tan kepada pemberita ketika ditemui di mahkamah.

Menurut peguam, mereka dimaklumkan bahawa Yeap memfailkan permohonan berasingan di mahkamah untuk mengenakan tuntutannya terhadap barang berharga yang dirampas itu.

Dilaporkan bahawa Slattery telah menyaman Vinod untuk menuntut AS$108,000, yang telah dibayar Slattery kepada Vinod pada 2017 sebagai pelaburan dalam Green Rubber Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mana Vinod adalah pengerusi dan pengasasnya.

Mahkamah kemudian memberikan jumlah itu kepada Slattery pada 11 Jun berikutan kegagalan Vinod muncul di hadapan mahkamah.

Peguam Slattery kemudiannya memperoleh writ penyitaan dari mahkamah selepas Vinod gagal bertindak balas terhadap penghakiman mahkamah, yang menyebabkan penyitaan barang-barang berharga pada 7 Ogos lalu.

Antara barang-barang yang dijadualkan dilelong pagi tadi ialah unit penghawa dingin dari rumah di Jalan Nusa, peralatan elektronik termasuk Macbook, set home theatre, meja pool, kerusi bar, mesin basuh dan oven.

Ketika penyitaan dibuat, bailif pengadilan telah menganggarkan barang-barang yang mereka temukan di rumah Vinod untuk bernilai sekitar RM150,000.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda