Yayasan buah pinggang hilang status pengecualian cukai


shadow

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) kehilangan status pengecualian cukai berkuat kuasa 29 Ogos lalu.

Pengerusi NKF, Dr Zaki Morad berkata, ini susulan siasatan audit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mendapati yayasan itu gagal mematuhi Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan.

Subseksyen itu meliputi pengecualian cukai untuk sumbangan yang diluluskan yang diterima oleh sesebuah organisasi, serta rebat cukai kepada penyumbang.

Zaki berkata ketidakpatuhan itu adalah berkaitan dengan perkara prosedur dan struktur perakaunan “yang tidak menunjukkan dengan jelas penggunaan khusus dana yang disumbangkan, terutama untuk operasi dialisis.”

Beliau memberitahu beberapa penjelasan oleh yayasan tersebut diterima oleh LHDN, manakala ada pula yang ditolak.

Bagaimanapun, menurutnya, siasatan audit mendapati tiada penyalahgunaan dana.

“NKF ingin menjelaskan dengan keras bahawa audit tidak menunjukkan tiada salahguna atau penyelewengan dana.

“Juruaudit luaran kami, Deloitte Malaysia, seperti juga tidak menunjukkan sebarang penyalahgunaan dana dan semua dana digunakan untuk sejajar dengan objektif yayasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengesahkan bahawa LHDN menasihati NKF untuk memohon semula untuk status pengecualian cukai, dan yayasan itu sedang mendapatkan nasihat daripada perunding cukai.

Sementara itu, Zaki berkata penyumbang yang mahu resit pengecualian cukai dinasihati menangguhkan bayaran mereka. Resit rasmi tanpa pengecualian cukai masih diberikan kepada penyumbang.

“NKF ingin memberi jaminan kepada penyumbang, penyokong dan pesakit bahawa yayasan ini akan terus memberi komitmen untuk membantu pesakit miskin yang menghadapi masalah buah pinggang.

“Kami menawarkan rawatan bersubsidi, menggalakkan kesedaran kesihatan buah pinggang dan pengesanan awal serta pencegahan penyakit buah pinggang, latihan sokongan kepada pekerja penjagaan kesihatan dalam pencegahan dan rawatan penyakit buah pinggang.”

Ketika dihubungi LHDN berkata bahawa tidak akan komen berkenaan audit tersebut.

malaysiakini

Tinggalkan komen anda