Biar Dr Mahathir kekal PM, kata Azmin


shadow

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mengambil pendirian untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai perdana menteri sehingga tempoh mandat pilihan raya umum ke-14 berakhir.

Keputusannya itu bertentangan dengan konsensus Pakatan Harapan yang menyatakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan menggantikan pengerusi Bersatu itu setelah tempoh maksimum dua tahun berakhir.

Malah menurut Azmin, mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai “kerajaan pintu belakang”.Iklan

“Saya melihat ini adalah kenayatan-kenyataan kumpulan yang terdesak. Sebagai sebuah negara yang menghormati sistem demokrasi, pilihan dibuat oleh rakyat tentang sesebuah kerajan atau perdana menteri setiap lima tahun.

“Mana ada kita mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan setiap dua tahun atau satu tahun? Jadi saya harap mereka yang terobsesi dengan kuasa akan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang memutuskan kerajaan selama lima tahun.

“Jadi ada pihak yang merombak pentadbiran dan kerajaan lebih awal dari itu, dua atau tiga tahun atau satu tahun, itulah kerajaan pintu belakang.

“Sepatutnya biarlah Dr Mahathir kekal sebagai PM, sehingga selepas tempoh penggal itu kerana itu mandat oleh rakayat,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau sedang berkomplot dengan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein untuk membentuk “kerajaan pintu belakang” yang akan menyaksikan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah serta menggagalkan rancangan presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

Tinggalkan komen anda