Twitter henti siar iklan politik


shadow

TWITTER akan menghentikan pengiklanan politik di platformnya di seluruh dunia, berikutan kebimbangan terhadap maklumat tidak tepat yang disebarkan ahli politik di media sosial, kata ketua eksekutifnya.

Jack Dorsey dalam satu kenyataan di Twitter berkata, meskipun pengiklanan di Internet sangat berkuasa dan lebih berkesan, ia sebaliknya membawa risiko kepada politik. Ia digunakan untuk mempengaruhi undi yang akan memberi kesan kepada berjuta manusia, tambah Dorsey.

Tindakan itu mengikuti Facebook yang mengambil langkah sama ekoran tekanan untuk memeriksa fakta dalam iklan yang dikeluarkan oleh ahli politik.

Menurut Dorsey, dasar polisi baharu itu akan didedahkan pada bulan depan dan akan berkuatkuasa 22 November. Polisi itu akan mengharamkan iklan berkaitan isu politik, termasuk iklan dari calon parti.

“Kami menimbang untuk menghentikan hanya iklan calon, tetapi isu iklan adalah cara untuk mengekangnya.

“Tambahan pula, tidak adil hanya calon dibenarkan membeli iklan untuk mengetengahkan sesuatu isu, jadi kami juga akan menghentikannya.”

Dorsey berkata syarikat perlu mengambil tindakan untuk mengelak masalah berpunca dari maklumat tidak tepat dan berita palsu.

Tindakan Twitter itu berbeza dengan polisi Facebook yang membenarkan ucapan dan iklan politik di platform mereka tanpa menyemak fakta.

CEO Facebook Mark Zuckerberg berkata iklan politik bukan sumber pendapatan utama, dan beliau percaya ikaln penting untuk membolehkan orang ramai bersuara.

Tinggalkan komen anda