Abang Rider FoodPanda Selamatkan Gadis Yang Cuba Bunuh Diri


shadow

Alhamdulillah, sis salute dengan keberanian abang rider FoodPanda ni sebab dia dapat selamatkan seorang gadis yang cuba nak membunuh diri di Sungai Klang. Kita mungkin tak tahu apa sebab perempuan tu nak buat macam tu kan? 

Mungkin dia stress dengan kehidupannya? Menerusi video yang dimuatnaik oleh sebuah page, 我们是马来西亚人 We are Malaysians, rata-rata ramai netizen kagum dengan keberanian rider tu. Tak kiralah bangsa atau agama, bila orang tu memerlukan pertolongan…kita kena bantu sebab kita satu Malaysia.

Syabas anak muda! Susah nak dapat orang macam abang. Satu dalam sejuta. Sis harap lepas ni ramai lagi orang yang berhati mulia dan ikhlas untuk menolong orang lain. Bukan asyik jadi keyboard warrior je. Hmm.

Tinggalkan komen anda