Jho Low sembunyi macam ayam tapi bukan di Cyprus, kata KPN


shadow

POLIS percaya ahli perniagaan yang kini sedang diburu, Jho Low berada di sebuah negara terpencil tetapi bukan di Cyprus.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, penyiasat bagaimanapun mendapati Jho Low cuba memperoleh harta menggunakan nama individu lain di negara kepulauan Carribbean itu.

Ia berdasarkan maklumat daripada beberapa individu yang ditahan pasukan siasatan khas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), katanya.

“Tetapi yang pasti dia tidak berada di Cyprus tetapi di sebuah negara yang agak terpencil dan pasti sukar untuk keluar dari persembunyiannya. Dia bersembunyi seolah-olah ayam.

“Pasukan siasatan mengkaji semua petunjuk termasuk Jho Low yang berada di Cyprus dan hasilnya kami membuat tangkapan dan merungkai dia cuba mendapatkan harta di Cyprus dengan menggunakan nama orang lain,” katanya. 

Tinggalkan komen anda