Lebih 37 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya umum Myanmar


shadow

MYANMAR telah menyiapkan senarai mana mereka yang layak mengundi, menyaksikan kira-kira 37 juta pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya umum akan datang, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada lebih 37 juta pengundi itu, 17 juta terdiri pengundi lelaki manakala 19 juta lagi wanita, kata ahli Suruhanjaya Kesatuan Pilihan raya Myanmar, U Myint Naing.

Senarai itu tidak termasuk anggota tentera dan ahli keluarga mereka serta pengundi di lima bandar di daerah Wa.

Tarikh pilihan raya umum masih belum diumumkan.

Perbelanjaan calon parlimen untuk kempen pilihan raya ditetapkan sebanyak 10 juta kyats (kira-kira AS$6,600) manakala 15 juta kyats (AS$10,000) bagi calon etnik di kawasan terpencil.

Terdapat 96 parti politik berdaftar pada masa ini. Jumlah itu dijangka meningkat memandangkan masih terdapat beberapa parti mengemukakan pendaftaran pada Disember menjelang tarikh akhir permohonan ditutup.

Pilihan raya umum sebelum ini diadakan pada November 2015, di mana Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi menang majoriti kerusi parlimen.

Tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan sekarang berakhir pada Mac 2021.

Tinggalkan komen anda