Pemimpin pembangkang Kemboja bertemu ahli Parlimen Malaysia esok


shadow

PEMIMPIN pembangkang Kemboja, Sam Rainsy dijemput oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar untuk bertemu wakil rakyat di Parlimen esok.

Pertemuan veteran pembangkang Kemboja yang hidup dalam buangan itu dengan ahli Parlimen Malaysia dijadualkan berlangsung pada pukul 12 tengahari, Selasa.

Isteri Rainsy, Tioulong Saumura juga akan hadir.

“Kami ingin memanjangkan jemputan kepada anda dan Hon Tioulong Saumura bagi pertemuan dengan ahli perundangan Malaysia di Parlimen Malaysia,” tulis surat jemputan yang ditujukan kepada Rainsy.

Nurul Izzah mengesahkan kepada The Star bahawa kandungan surat yang diedarkan di Twitter adalah benar.

“Ya, kandungan (surat itu) sah. Pertemuan itu akan diadakan di Parlimen,” kata Nurul Izzah.

Rainsy tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9 November.

Beliau dan pemimpin Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) lain merancang untuk kembali ke Kemboja melalui jalan darat.

Beliau bercadang menyeberangi sempadan melalui Thailand tetapi disekat daripada menaiki penerbangan Thai Airways ke Bangkok pada Khamis di Paris.

CNRP diharamkan oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Rakan parti Rainsy, Mu Sochua, ditahan di Malaysia pada Rabu menjelang perancangan untuk melakukan perjalanan ke Thailand sebagai persiapan melintasi sempadan melalui jalan darat ke Kemboja.

Sochua dan dua pemimpin pembangkang yang lain dibebaskan pada hari berikutnya selepas campur tangan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Malaysia berkata tidak berhasrat mengusir semua pemimpin Kembajo pulang ke Phnom Penh dan sebaliknya akan mencari negara ketiga untuk mereka.

Tinggalkan komen anda