Batal dana pembangunan ahli Parlimen enggan isytihar harta, kata Mahfuz


shadow

ANA pembangunan ahli Parlimen yang tidak mengisytiharkan harta mereka harus dibatalkan, kata timbalan menteri ketika parti pembangkang PAS menentang peraturan parlimen yang mengarahkan anggota Dewan Rakyat berbuat demikian.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar berkata pemberian dana pembangunan untuk ahli Parlimen adalah hak prerogatif perdana menteri.

Dana ini berbeza dengan elaun parlimen yang dibayar oleh badan legislatif dan tidak boleh disentuh, katanya.

Beliau menambah bahawa Parlimen sendiri boleh meminda undang-undang lain untuk membatalkan faedah yang dimiliki bagi penggubal undang-undang yang melakukan kesalahan seperti AP bagi kereta import.

“Saya mencadangkan bahawa segala faedah dibatalkan termasuk peruntukan pembangunan tanpa mengira sama ada mereka pembangkang atau ahli Parlimen kerajaan (yang tidak mengisytiharkan aset mereka),” kata Mahfuz kepada wartawan hari ini.

Tinggalkan komen anda