Bayi dah keluar separuh, ‘nurse’ sibuk nak IC isteri hingga anak meninggal dunia


shadow

Kelahiran zuriat merupakan satu perkara yang sangat dinantikan oleh pasangan suami isteri. Namun begitu, menempuh proses kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan risiko nyawa bayi serta sang ibu.

Bayi dah keluar separuh

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kelana Jagat, dia telah berkongsi satu coretan duka dimana baru sahaja kehilangan seorang putera berpunca daripada sistem hospital yang begitu merumitkan.

Soalan pertama bukan pasal kandungan tapi IC

“Ah susahlah kalau macam ni.”

Kelana Jagat memberitahu bahawa staf yang bertugas di kaunter sebolehnya meminta dia pulang ke rumah untuk mengambil segala dokumen peribadi isteri sedangkan isterinya dalam kesakitan.

Dia juga mendapat layanan tidak wajar daripada staf yang bertugas dan menerima keluhan daripada staf di kaunter perdaftaran.

Diminta untuk pergi ke hospital lain sahaja

Lambat terima rawatan

Akibat daripada lambat menerima rawatan, bayi kepada pengguna Facebook itu mengalami kebiruan yang serius dari pusat hingga ke hujung kaki.

Selepas menerima rawatan, doktor yang bertugas memaklumkan anaknya mengalami pendarahan kritikal dikepala dan sudah berada di tahap 2 semasa hari pertama lagi.

Anak meninggal dunia

Selepas berjuang disebabkan komplikasi yang berlaku, bayi tersebut disahkan meninggal dunia pada petang semalam disebabkan pendarahan dalam otak pada tahap empat. Jenazah bayi tersebut turut sudah selamat dikebumikan.

Terlampau ikut sistem hingga nyawa melayang

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa sebak dengan kisah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini. Apa yang lebih menyedihkan adalah kelewatan dalam menerima pertolongan ketika isterinya hendak bersalin hanya disebabkan masalah dokumen telah menyebabkan dia kehilangan bayi lelakinya yang baru sahaja mengenal dunia.

Semoga Allah berikan kekuatan

Staf takde toleransi langsung

Sumber : Kelana Jagat

Tinggalkan komen anda