Bila nenek 104 tahun masih turun ke laut cari rezeki, kamu?


shadow

LANGKAWI – Walaupun berusia 104 tahun, namun seorang nenek masih turun ke laut mencari rezeki.

Perkongsian @amriothmann tular di media sosial meraih 7,500 ulang kicau, 7,800 tanda suka dan rata-rata netizen mengagumi semangat juang ditunjukkan nenek tersebut yang mampu membuka mata kepada masyarakat khususnya anak muda.

Tulis @amriothmann dalam perkongsiannya di laman mikro Twitter, walaupun cucu dan keluarga telah menasihatinya untuk berehat di rumah, namun tidak diendahkan warga emas itu.

“Tiada istilah Melayu malas, kalau bertuah ke Pulau Tuba Langkawi bertemulah seorang warga emas berumur 104 tahun masih melakukan aktiviti nelayan. Harap pihak berkaitan beri perhatian dan pertolongan untuk kelangsungan hidupnya.

“Ada keluarga tetapi anak cucu minta istirahat di rumah tetapi tidak dihiraukan. Nenek ini tetap nak juga buat rutin harian dia macam biasa, katanya masih lagi sihat,” ciapnya.

Walaupun berumur 104 tahun, Tok Wan masih turun ke laut menjalankan aktiviti nelayan.
Dalam pada itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @DianaOthaman di Twitter berkongsi warga emas berkenaan dikenali sebagai Tok Wan.

Tok Wan dikatakan menghasilkan belacan buatan sendiri dan menjualnya di sekitar Pulau Tuba yang terletak di Langkawi.

Disebabkan itu, dia sering turun ke laut untuk menangkap udang untuk belacan buatannya sendiri.

“Nenek 104 tahun? Nelayan? Aku umur 21 tahun merungut penat naik tangga sebab eskalator rosak. Malunya pada diri aku. Muda-muda dah penat esok tua jadi apa tak tahu,” tulis @Alyaaarose di Twitter.

@syaazabalqis pula berseloroh memberitahu, “Eh mestilah malas kalau rajin patutnya duduk parlimen tak payah duduk tengah panas. Lepas tu kalau aircond sejuk boleh ponteng persidangan.”

  • Sinar Harian

Tinggalkan komen anda