CEO Garuda dipecat kerana seludup Harley-Davidson


shadow

CEO PT Garuda Indonesia dipecat selepas juruaudit mendapati beliau menggunakan pesawat Airbus baharu syarikat untuk menyeludup sebuah motosikal Harley-Davidson ke Indonesia, lapor Bloomberg.

Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati berkata CEO itu menipu negara antara 530 juta rupiah (RM157,000) sehingga 1.5 bilion rupiah kerana tidak mengisytiharkan kemasukan motosikal klasik Harvey Shovelhead.

Beliau juga menafikan dakwaan Gusti Ngurah Askhara Danadiputra bahawa awal minggu ini bahawa motosikal itu sudah diisytiharkan kepada kastam.

Hasil siasatan mendapati motosikal dibawa oleh pesawat dari Toulouse ke Jakarta, tetapi rekod penerbangan tidak menemui sebarang rekod mengenainya.

Pegawai kastam juga menemui dua buah motosikal jenis Brompton dalam kargo pesawat.

Menteri Perusahaan Milik Negara Indonesia Erick Thohir berkata beberapa pihak lain yang berkaitan kes itu sedang diburu.

Ashkara dikatakan memberikan arahan untuk motosikal Harley itu dibeli pada April dan dibayar menggunakan akaun peribadi pengurus kewangan Garuda di Amsterdam, kata Thohir.

“Ia tidak akan terhenti setakat ini,” kata Thohir kepada wartawan di Jakarta hari ini.

“Kami akan terus memburu mereka yang ada kaitan dengan kes ini.”

Ashkara menyertai Garuda pada September tahun lepas.

Cubaan Bloomberg menghubungi Ashkara atau wakil Garuda tidak berjaya.

Tinggalkan komen anda