Dr M jawab India: Saya ada pendapat saya


shadow

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak kritikan India berhubung kenyataannya tentang undang-undang baru kewarganegaraan negara itu, yang disifatkan sejumlah pihak sebagai mendiskriminasi orang Islam.

Dalam sidang media selepas penutup Sidang Kemuncan Kuala Lumpur 2019 hari ini, Mahathir berkata beliau hanya menyuarakan pendapatnya apabila mempersoalkan keperluang undang-undang itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India, agar Malaysia tidak lagi mengulas soal dalaman negara itu, terutama tanpa “pemahaman yang betul tentang fakta” isu tersebut.

“Itu pandangan mereka. Saya ada pandangan saya,” katanya.

Katanya lagi, terpulang kepada media sama ada untuk menerima atau tidak kenyataannya berkenaan undang-undang baru kewarganegaraan India, yang diluluskan minggu lalu.

Dalam kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India yang dikeluarkan semalam, mereka juga berkata kenyataan Mahathir sebagai tidak tepat.

Tinggalkan komen anda