Ibu Roslan Shah meninggal dunia


shadow

“MAK…kenapa tak tunggu Lan mak,” tulis pengacara Roslan Shah di akaun Instagram mengenai pemergian ibu tercinta, Mariam Kari, 79, yang meninggal dunia jam 7 malam tadi.

Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tempines Street, Singapura.

“Ibu tercinta Cik Lan meninggal dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.

“Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu tercinta, Mariam Kari”, tulisnya di Instagram.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik Cik Lan, dia meluahkan rasa terkilan apabila tiada bersama arwah ketika ibunya menghembus nafas terakhir.

Difahamkan Cik Lan berada di Malaysia bagi mengacarakan sebuah program di Shah Alam yang berlangsung malam esok.

Sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu sebelum disahkan

menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober lalu.

Doktor turut memaklumkan ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda