Iran, AS bertukar tahanan


shadow

IRAN dan Amerika Syarikat (AS) saling bertukar banduan ketika hubungan kedua-dua negara semakin tegang.

Teheran mengumumkan pembebasan saintis Iran Massoud Soleimani dari AS sejurus selepas Washington mengisytiharkan ketibaan penyelidik Amerika Xiyue Wang.

“Gembira mendengar Profesor Massoud Soleimani dan Xiyue Wang akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing,” kata Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kerajaan Switzerland,” katanya.

Agensi berita Iran IRNA berkata Soleimani dibebaskan selepas ditahan selama setahun dan diserahkan kepada pegawai Iran di Switzerland.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Washington, Presiden AS Donald Trump berkata selepas tiga tahun dipenjara di Iran, Xiyue Wang akan kembali ke AS.

Wang, seorang Cina kelahiran Amerka, menjalani hukuman penjara 10 tahun atas dakwaan mengintip di Iran.

Iran dan AS tidak mempunyai hubungam diplomatik sejak 1980.

Hubungan kedua-dua negara semakin tegang sejak Mei 2018 apabila Trump mengumumkan pengunduran AS dari perjanjian nuklear yang melibatkan penarikan semula sekatan terhadap Iran.

Sebaliknya, selepas mengundur diri, Trump mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap Teheran. 

Tinggalkan komen anda