Isteri pukul, pijak kemaluan suami hingga pengsan


shadow

JAWA TIMUR: Seorang wanita bukan sahaja sanggup memukul suaminya sehingga terjatuh, malah turut memijak kemaluan lelaki itu sehingga pengsan, baru-baru ini.

Menurut polis tempatan di Probolinggo, Jawa Timur, wanita berusia 30 tahun itu pada awalnya hanya berperang mulut dengan suaminya di kediaman mereka di Desa Kalibuntu.

“Mereka bertengkar soal duit. Wanita itu turut mengesyaki suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

“Semasa bertengkar, wanita berkenaan memukul suaminya sehingga tersungkur dan kepalanya terhantuk di bucu meja. Pada waktu itulah dia memijak kemaluan suaminya sehingga lelaki itu pengsan,” kata polis kepada Kompas.com.

Lelaki malang itu kemudiannya dibawa ke hospital sementara wanita berkenaan berjaya diberkas.

Suspek turut berdepan tuduhan keganasan rumah tangga yang difailkan oleh keluarga suaminya.

Bagaimanapun, kes berkenaan masih disiasat dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya keadaan mangsa stabil.

Sekiranya keadaan mangsa bertambah teruk, hukuman penjara boleh dikenakan sehingga 10 tahun.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda