Kereta terbabas dalam parit, pemandu maut


shadow

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki lemas selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di Kuala Bagan Tiang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Jamil Jaafar, 31 tahun, berjaya dikeluarkan dari kenderaannya oleh orang awam.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Dep Supt Sanusi Salleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pekan Tanjung Piandang.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tinggalkan komen anda