“Kita Jadikan MAS Kebanggaan Negara Semula”


shadow

MAS akan kembali menjadi kebanggaan negara. Itulah misi terbesar sejak syarikat penerbangan negara itu dilaporkan mengalami kejatuhan.

Sejak ia diswastakan pada tahun 2015, MAS dikatakan kurang mendapat keuntungan dan salah satu cara adalah dengan menghentikan operasi atau menjualnya.

Bagaimanapun, Alah Bisa Tegar Biasa, MAS kini berada di landasan ke arah transformasi penuh dan lengkap setelah tamatnya Pelan Pemulihan MAS (MRP) yang dilancarkan pada 2014.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Kapten Izham menganggap Cabaran yang dihadapi MAS begitu berat.

Di sebalik cabaran ini, Malaysia Airlines berupaya melakukan banyak penambahbaikan dengan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) dan Skor Promoter Bersih (NPS) juga semakin menunjukkan peningkatan yang baik.

Mungkin rakyat Malaysia lebih memilih syarikat penerbangan tambang murah yang lain berbanding MAS namun begitu adakah syarikat berkenaan mampu menawarkan perkhidmatan sehebat MAS.

Persoalan itu sememangnya tidak boleh dijawab berikutan MAS sejak dari dahulu sentiasa mengekalkan prestasi dari segi perkhidmatan dan sebagainya.

Jarang sekali kita mendengar pelanggan merasa tertipu setelah membeli tiket penerbangan MAS. Itulah kelebihan MAS, yang menjanjikan perkhidmatan terbaik Malaysian Hospitality kepada pelanggan.

Apalah gunanya hanya mengejar kadar tambang yang lebih murah namun akhirnya tertipu dengan ‘Hidden Charges’ ataupun terpaksa berdepan dengan kelewatan penerbangan. Malah ada juga terpaksa menunda percutian bersama keluarga disebabkan penerbangan yang dibatalkan dari syarikat penerbangan tambang murah tertentu.

Pembelian tanpa keraguan. Itu asas bagi MAS kepada pelanggan. Bersama kita jadikan MAS kebanggan Malaysia semula.

Tinggalkan komen anda