K’jaan tangguh pelaksanaan program subsidi petrol


shadow

Mesyuarat jemaah menteri telah memutuskan bahawa pelaksanaan Program Subsidi

Petrol (PSP) yang sepatutnya bermula pada 1 Januari tahun depan akan ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution bin Ismail berkata, pelaksanaan PSP tidak diteruskan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

“Hal ini bagi memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.Iklan

“(Ia juga bagi) proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh kementerian kewangan.

“Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.,” kata kenyataan itu.

Harga petrol sekarang adalah mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dengan harga runcit produk petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Tinggalkan komen anda