LANGSUNG: Surat Raja Saudi beri AS$800 juta untuk saya belanjakan, kata Najib


shadow

PERBICARAAN SRC International Sdn Bhd memasuki hari kedua hari ini di peringkat pembelaan yang mana bekas perdana menteri Najib Razak akan menyambung memberi keterangan dari kandang saksi.

Najib memberi keterangan kepada mahkamah berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta daripada dana awam melalui kenyataan saksi 243 halaman.

Pemimpin berusia 66 tahun itu merupakan saksi pembelaan pertama, sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Semalam, Najib memulakan keterangan bersumpahnya dengan menghuraikan mengenai penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan peranan ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Najib berkata beliau mengenali Low yang rapat yang rapat dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ketika pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) ditubuhkan pada 2009.

Tertuduh berusia 66 tahun itu menyifatkan Low sebagai “sangat berpengaruh” di Timur Tengah dan menganggap ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu boleh membantu dalam urusan pelaburan dan saham.

Najib turut menafikan memberi arahan kepada bekas pengerusi Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) Wan Abdul Aziz Wan Abdullah untuk mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC International pada 2011.

Bekas perdana menteri itu juga menafikan mengarahkan bekas pembantunya Azlin Alias untuk bertemu dengan CEO KWAP Azian Mohd Noh di sebuah hotel selepas waktu bekerja pada Jun, 2011, untuk menyerahkan surat permohonan pinjaman RM3.95 bilion.

Pertuduhan kes SRC International Najib dikaitkan dengan pinjaman RM4 bilion yang dikeluarkan kepada sebuah entiti pada 2011 dan 2012, yang mana Najib didakwa menerima RM42 juta dalam akaunnya pada 2014 dan 2015.

Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Disember, 2019.
Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Disember, 2019.

Tarikh pendengaran di peringkat pembelaan dijadualkan bermula hari ini sehingga 19 Disember. Peguam bela masih belum menentukan berapa ramai saksi yang akan dipanggil.

Pasukan peguam bela Najib diketuai oleh Muhamamd Shafee Abdullah. Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pendakwaan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – 4 Disember, 2019.

The Malaysian Insight membawakan secara langsung perbicaraan hari ini:

3.38pm: Wan Aizuddin: Apa pandangan Datuk tentang wang yang dipindahkan oleh Tanore?

Najib: Ketika itu, saya percaya Tanore adalah syarikat berkaitan kerajaan Arab Saudi atau keluarga diraja Saudi, seperti dinyatakan dalam surat bertarikh 1 Mac 2013.

3.35pm: Najib berkata beliau ditunjukkan surat bertarikh 1 Mac 2013, yang dikatakan daripada peguam mewakili Raja Arab Saudi Raja Abdullah.

Najib berkata surat itu menyatakan bahawa Raja Abdullah memberikan sejumlah AS$800 juta sebagai hadiah dan boleh dibelanjakan mengikut kemahuannya.

3.31pm: Beliau menafikan mengetahui transaksi berikut yang dibuat pada 2013 ke dalam akaun 694 miliknya.

22.3.2013 
AS$50,000,000.00 (RM155,000,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

22.3.2013 
AS$50,000,000.00 (RM155,000,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

22.3.2013 
AS$50,000,000.00 (RM155,000,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

26.3.2013 
AS$60,999,988.00 (RM188,001,963.02)
Daripada Tanore Finance Corp

28.3.2013 
AS$75,000,000.00 (RM231,150,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

28.3.2013 
AS$44,999,988 (RM138,824,962.98)
Daripada Tanore Finance Corp

8.4.2013 
AS$50,000,000.00 (RM152,500,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

9.4.2013 
AS$100,000,000.00 (RM304,000,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

10.4.2013 
AS$200,000,000.00 (RM602,000,000.00)
Daripada Tanore Finance Corp

Jumlah diterima pada 2013:
AS$680,999,976.00 (RM2,081,476,926.00)

3.24pm: Bekas perdana menteri itu berkata wang tersebut dibelanjakan untuk projek CSR. 

3.20pm: Najib juga menafikan mengetahui transaksi berikut yang dibuat pada 2012 sehingga beliau disoal siasat SPRM dan peguamnya mendapat dokumen dari AmBank.

3.1.2012 
AS$69,999,988.00 (RM218,889,962.48)

Daripada Blackstone Asia Real Estate Partner

13.3.2012 
AS$24,999,988.00 (RM75,124,963.94)
Daripada Blackstone Asia Real Estate Partner

25.4.2012 
AS$49,999,977.00 (RM151,899,893.67)
Daripada Putera Faisal bin Turki

23.5.2012 
AS$24,999,988.00 (RM 7,874,962.62)
Daripada Blackstone Asia Real Estate Partner 

26.6.2012 
AS$24,999,977.00 (RM78,999,889.40)
Daripada Putera Faisal bin Turki

15.8.2012 
AS$24,999,977.00 (RM77,499,891.50)
Daripada Putera Faisal bin Turki

22.10.2012
AS$19,999,988.00 (RM60,599,963.64)
Daripada Blackstone Asia Real Estate Partner

31.10.2012
AS$4,999,988.00 (RM15,149,963.64)
Daripada Blackstone Asia Real Estate Partner

20.11.2012

AS$24,999,988.00 (RM75,749,963.94)
Daripada Blackstone Asia Real Estate Partner

Jumlah diterima pada 2012: 
AS$269,999,985.59 (RM831,919,489.84)

3.12pm: Wan Aizuddin: Bagaimana wang ini dibelanjakan?

Najib: Umumnya, saya guna wang itu untuk inisiatif CSR.

3.08pm: Najib berkata beliau hanya sedar mengenai transaksi berikut ke dalam akaun 694 selepas disoal siasat SPRM.

24.2.2011 
AS$10,000,000.00 (RM30,449,929.97)

Daripada Putera Faisal bin Turki

14.6.2011 
AS$10,000,000.00 (RM30,179,909.46)
Daripada Putera Faisal bin Turki

19.8.2011 
AS$49,999,988.00 (RM148,749,964.30)

Daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi

29.11.2011
AS$29,999,988.00 (RM94,949,962.00)

Daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi

Jumlah diterima pada 2011: AS$99,999,976.00 (RM304,329,765.73)

Najib Razak berkata Jho Low mencadangkan beliau membuka akaun AmBank untuk menerima derma dari Arab Saudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Disember, 2019.
Najib Razak berkata Jho Low mencadangkan beliau membuka akaun AmBank untuk menerima derma dari Arab Saudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Disember, 2019.

3.02pm: Najib berkata beliau tidak tahu tentang komunikasi antara Joanna dan Jho Low antara 2011 dan 2013 yang didedahkan bekas eksekutif AmBank itu sebelum ini.

2.56pm: Wan Aizuddin: Bagaimana awak pantau baki akaun 694?

Najib: Azlin akan beritahu saya. Dia akan beritau saya yang duit dimasukkan ke dalam akaun itu dari luar negara dalam bentuk mata wang AS.

2.52pm: Najib berkata beliau tahu Nik Faisal dilantik sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB tetapi tidak ingat sama ada dimaklumkan mengenainya.

Najib: Saya tak pernah tahu Nik Faisal bekerja dengan Jho Low. Saya hanya tahu mengenainya selepas media melaporkannya.

2.44pm: Najib menafikan kenal Nik Faisal secara peribadi. Katanya, Azlin yang memberitahu Nik Faisal boleh dipercayai.

2.42pm: Peguam Wan Aizuddin bertanya kepada Najib bilakah beliau diberitahu yang Naik Faisal dilantik sebagai wakilnya untuk akaun “694”.

Najib berkata, beliau tidak ingat tarikh tepat, tetapi beliau dimaklumkan oleh pembantunya, Azlin memilih Nik Faisal dipilih sebagai wakil.

Najib: Saya tak ingat, mungkin sekitar 2011, tidak lama selepas akaun itu dibuka.

2.34pm: Najib menjelaskan tugasnya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

2.32pm: Najib berkata beliau tidak pernah berurusan atau berhubung secara langsung dengan Joanna Yu, Daniel Lee dan Krystal Yap yang merupakan “pengurus perhubungan” untuk “akaun 694”.

2.28pm: Perbicaraan bersambung.

1.08pm: Mahkamah berhenti rehat tengahari.

1.07pm: Wan Aizuddin bertanyakan Najib jika Cheah memaklumkan Azman Hashim (pengerusi Kumpulan AmBank) dan Zeti Akhtar Aziz (gabenor BNM ketika itu) tentang akaun tersebut dan derma yang dijangka diterima.

Najib: Tidak, saya tidak dimaklumkan. Tetapi, saya pernah bercakap dengan Tan Sri Zeti, saya beritahunya tentang derma yang saya sedang tunggu. Beliau beritahu yang sudah dimaklumkan mengenainya.

1pm: Apabila ditanya jika beliau ada memohon kad kredit, Najib menjawab beliau tidak ingat tetapi Cheah berkata AmBank memberikan kad kredit kepada semua pelanggan VIP mereka.

12.57pm: Cheah memberitahu Najib yang memandangkan beliau menunggu kemasukan besar mata wang asing, laporan dan kebenaran perlu didapatkan daripada Bank Negara Malaysia.

Najib berkata beliau memberitahu Cheah supaya memastikan semua peraturan dan syarat dipatuhi dan laporan yang perlu dibuat dilakukan.

Dua akaun dibuka di bawah nama Najib, berakhir dengan -694 dan -481.

12.50pm: Cheah berjumpa Najib di rumahnya di Langgal Duta pada pertengahan bulan Januari 2011 untuk mendapatkan tandatangan Najib di borang membuka akaun.

Najib berkata beliau memberitahu Cheah yang beliau sedang menunggu derma antara AS$100 juta sehingga AS$200 juta dari keluarga diraja Arab Saudi.

12.47pm: Najib berkata pada hujung 2010, Low memberitahu derma akan dimasukkan nanti.

Setiausaha sulit Najib ketika itu mencadangkan beliau membuka akaun bank untuk menerima wang itu, yang dibukanya kerana beliau mahu menggunakan wang itu untuk inisiatif CSR.

Low mencadangkan Ambank, memperkenalkan Najib kepada Pengarah Urusan AmBank Cheah Teck Kuang. Najib bersetuju dan meminta Low mengaturnya.

12.38pm: Najib berkata beliau menerima Kiswah- kain menutup Kaabah- daripada Raja Abdullah sebagai hadiah dan masih menyimpannya.

12.32pm: Tak terkejut dengan jumlah banyak itu, tanya Wan Aizuddin kepada Najib.

“Mungkin nampak banyak, tetapi keluarga diraja Saudi memang dikenali sebagai pemurah,” kata Najib.

“Mereka menderma jumlah besar kepada pelbagai yayasan AS, termasuk Yayasan Clinton dan negara lain seperti Mesir, Pakisatn dan Palestin, sebahagian daripada dasar diplomatik dan hubungan asing (Arab Saudi).”

12.27pm: Sejak Low bertindak sebagai orang tengah dalam perkara ini, Najib berkata beliau percaya ahli perniagaan berkenaan yang menguruskan derma bagui pihak keluarga diraja Arab Saudi.

Tambahnya beliau dan Ambank menerima surat darpada Low berhubung derma.

Wan Aizuddin: Apabila Low bangkitkan perkara mengenai derma buat kali pertama pada 2011, adakah kamu dimaklumkan jumlahnya?

Najib: Saya tak diberitahu jumlah yang spesifik, tetapi Low berkata ia mungkin AS$100 juga hingga AS$200 juta (RM418 juta hingga RM836 juta).

12.19pm: Najib berkata pada pertengahan 2010, Low maklumkan beliau bahawa Raja Abdullah bersetuju “untuk membantu saya dalam bentuk derma peribadi”.

“Ketika itu, saya tak dimaklumkan jumlahnya, atau tarikh hanya derma akan diuruskan anak Raja Abdullah.”

Dari 2011 hingga 2014, Najib berkata, beliau menerima jumlah yang besar dan beliau percaya ia adalah derma dari raja Arab Saudi.

12.01pm: Wan Aizuddin bertanya bila kali pertama Najib diperkenalkan kepada Jho Low.

Najib: Pertama kali saya jumpanya pada 2017. Beliau diperkenalkan oleh anak tiri saya, Riza Aziz. Saya percaya Riza bertemu Low melalui abangnya, Tiek Sin. Saya juga diberitahu Low ada dana pelaburan peribadi.

Low yang bertanggungjawab mengatur pertemuan saya dengan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud ketika lawatan saya ke Riyadh dan Jeddah, tambah Najib.

Pendengaran kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak dijadualkan sehingga 19 Disember. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Disember, 2019.
Pendengaran kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak dijadualkan sehingga 19 Disember. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Disember, 2019.

11.56am: Adakah kamu tahu mengenai 12 transaksi yang mana dana dalam akaun bank SRC International, berjumlah RM123 juta dipindahkan ke IPSB, soal Wan Aizuddin kepada Najib.

Bekas perdana menteri menjawab beliau “beliau tidak tahu mengenai transasi berkenaan.”

14 transaksi itu adalah seperti berikut:

1) RM20 juta dari akaun SRC International nombor terakhir “650” kepada akaun entiti bernombor terakhir “736”;

2) Cek bernombor 563616, bertarikh 15 Disember, 2014, untuk RM20 juta kepada IPSB daripada SRC International akaun “736”;

3) RM40 juta dari SRC International kepada Gandingan Mentari Sdn Bhd pada 24 Disember, 2014;

4) RM40 juta dari Gandingan Mentari ke IPSB pada 24 Disember 2014;

5) RM39.7 juta dari SRC International ke Gandingan Mentari pada 9 Januari 2015;

6) RM40 juta dari Gandingan Mentari ke IPSB pada 9 Januari 2015;

7) RM5 juta dari SRC International ke Gandingan Mentari pada 5 Februari 2015;

8) RM5 juta dari Gandingan Mentari ke IPSB pada 5 Februari 2015;

9) RM5 juta dari SRC International ke Gandingan Mentari pada 6 Februari 2015;

10) RM5 juta dari Gandingan Mentari ke IPSB pada 6 Februari 2015;

11) RM10 juta dari SRC International ke Gandingan Mentari pada 13 Februari 2015;

12) RM10 juta dari Gandingan Mentari ke IPSB pada 13 Februari 2015;

13) RM3 juta dari SRC International ke Gandingan Mentari pada 9 April 2015; dan,

14) RM3 juta dari Gandingan Mentari ke IPSB pada 9 April 2015.

11.34am: Perbicaraan bersambung. Najib kembali mengambil tempat.

11.17am: Mahkamah berhenti rehat 10 minit.

10.51am: Wan Aizuddin bertanya sama ada Najib dimaklumkan mengenai temu janji dengan Ihsan Perdana Sdn Bhd oleh SRC International sebagai rakan kongsi, dan RM250 juta diperuntukkan bagi menjalankan program tanggungjawab sosial korporat.

Langsung tidak, kata Najib.

“Saya tahu IPSB membuat kerja-kerja CSR untuk 1MDB dan Yayasan Rakyat 1Malaysia, tetapi saya tidak pernah diberitahu yang mereka juga dilantik oleh SRC International untuk menjalankan kerja CSR.”

10.28am: Wan Aizuddin bertanya sama ada perkara berkaitan pelaburan dan operasi SRC International dilaporkan kepada Najib.

Najib: Dalam beberapa situasi, saya bertemu (bekas CEO SRC International) Nik Faisal (Ariff Kamil) dan beliau berikan penerangan ringkas berhubung perkara berkaitan SRC International dan operasinya. Selepas Azahar Osman Khairuddin mengambil alih sebagai CEO dan presiden, saya bertemu dnegannya beberapa kali untuk bincangkan mengenai SRC International. Nik Faisal memainkan kedua-dua SRC International dan saya.

10.11am: Wan Aizuddin bertanya sama ada Najib tahu tentang kelulusan panel pelaburan KWAP berhubung pinjaman RM2 bilion kepada SRC International pada 20 Mac, 2012.

Najib berkata beliau dimaklumkan mengenainya selepas itu.

“Saya juga dimaklumkan SRC International telah merayu kepada KWAP untuk benarkan semua pinjaman dikeluarkan sekali gus.”

Najib Razak berdepan tujuh pertuduhan dalam kes SRC International, beliau sedang membela diri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2019.
Najib Razak berdepan tujuh pertuduhan dalam kes SRC International, beliau sedang membela diri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2019.

9.59am: Peguam melihat surat dari SRC International.

Wan Aizuddin: Surat dari SRC International menyatakan, pada perenggan 2, bahawa “bahawasanya menteri kewangan meluluskan dan menasihatkan syarikat hendaklah mendapatkan tambahan RM2 bilion dari KWAP berdasarkan terma dan syarat yang sama seperti Perjanjian Kemudahan 1, dan dijamin oleh jaminan kerajaan kedua. Lembaga pengarah syarikat juga telah meluluskan dan mengesahkan ini “. Apa komen kamu?

Najib: Saya tidak rasa yang saya berikan kelulusan. Bagaimanapun, saya maish ingat saya maklumkan (bekas pengerusi KWAP) Wan Abdul bahawa kepentingan SRC International disampaikan dengan lebih baik jika KWAP setuju untuk pinjamkan tambahan RM2 bilion dengan syarat yang sama dengan pinjaman pertama. Ini, saya percaya berlaku pada mesyyuarat yang saya hadiri dengan Wan Abdul, Azian dan Mohd Irwan Serigar Abdullah pada pertengahan Mac 2012 selepas KWAP setuju menyediakan kewangan.

9.55am: Peguam bertanya tentang pinjaman kedua SRC International sebanyak RM2 bilion daripada KWAP.

Wan Aizuddin: SRC International memohon pinjaman RM2 bilion lagi pada 13 Mac, 2012, melalui surat kepada (CEO ketika itu) Azian. Surat ini dihantar kepada KWAP melalui emel oleh Terrence Geh kepada KWAP menerusi Azian pada 14 Mac, 2012. Adakah kamu tahu tentang dokumen ini?

Najib: Tidak. Saya bagaimanapun memaklumkan SRC International telah memohon pinjaman tambahan RM2 bilion daripada KWAP berdasarkan jaminan kerajaan kedua.

Wan Aizuddin: Bagaimana kamu tahu SRC International memohon pinjaman kedua RM2 bilion dari KWAP?

Najib: Saya tidak ingat secara khusus.

9.20am: Peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohamed memaklumkan hakim Nazlan bahawa Shafee tidak akan hadir ke mahkamah hari ini.

Wan Aizuddin: Boleh kamu rujuk kepada D526. Apa yang kamu tahu tentang mesyuarat antara Nor Mohd Yakcop dan pegawai Kementerian Kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam memo Perbendaharaan?

Najib: Apa yang dinyatakan dalam D526 adalah Nor Mohd Yakcop dan Kementerian Kewangan tidak menyokong pemberian geran kerajaan sebanyak RM650 juta kepada SRC International, dan memutuskan sebaliknya iaitu jaminan kerajaan untuk tambahan RM 2 bilion untuk diberikan kepada SRC International. Saya berpuas hati dengannya, dan berdasarkan itu, setuju dengan perakuan oleh menteri kewangan kedua.

9.14am: Perbicaraan bermula. Najib mengambil tempat.

9.09am: Peguam Negara Tommy Thomas dan Timbalan Pendakwaraya V Sithambaram berada di mahkamah. Najib duduk di galeri awam. Peguam bela bekas perdana menteri, Muhammad Shafee Abdullah masih belum tiba.

Tinggalkan komen anda