Lebih 2,800 komik ‘Superman’ dirampas


shadow

Seksyen 7 (1) menjelaskan KDN boleh melarang apa-apa penerbitan jika pihak itu berpuas hati terdapat bahan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggugat keselamatan moral, kepentingan awam, kepentingan negara atau kemungkinan mengelirukan pendapat awam.

Komik karya Hew, yang turut dikenali sebagai ‘Superman’, diterbitkan oleh Muzium Budaya Komik Asia dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina.

Sehingga 4 Disember ini, kerajaan merampas 2,873 naskhah Inisiatif Jalur & Jalan – komik bekas aktivis DAP Hew Kuan Yau yang diharamkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan penguatkuasaan serentak di seluruh negara dengan menyasarkan sekolah yang terlibat dalam penerimaan naskhah komik tersebut, melalui sokongan Kementerian Pendidikan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin melalui jawatan bertulis di Dewan Negara menjawab soalan senator Isa Ab Hamid yang mahu tahu tindakan terhadap penegdahan bahan bercetak itu

“Terdapat juga sebahagian naskhah yang telah dilupuskan sendiri oleh pihak sekolah rentetan polemik yang tercetus berhubung pengedaran komik tersebut,” tambah Muhyiddin.

Pada 23 Oktober lalu, KDN mewartakan perintah larangan terhadap komik itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Hew Kuan Yau 

Seksyen 7 (1) menjelaskan KDN boleh melarang apa-apa penerbitan jika pihak itu berpuas hati terdapat bahan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggugat keselamatan moral, kepentingan awam, kepentingan negara atau kemungkinan mengelirukan pendapat awam.

Komik karya Hew, yang turut dikenali sebagai ‘Superman’, diterbitkan oleh Muzium Budaya Komik Asia dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina.

Larangan kementerian merangkumi kesemua versi.

Komik itu sebahagian besarnya mempromosi China dan “Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI)” sambil meletakkan dunia Barat dalam aspek negatif.

Bahagian kontroversi dalam komik berkenaan menyifatkan orang Melayu yang bersimpati dengan etnik Uighur di China – yang dikatakan dimasukkan ke “kem pendidikan semula” oleh Beijing – sebagai “radikal”.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata penguatkuasaan turut dilakukan ke atas premis penerbit dan pencetak serta kedai-kedai buku di seluruh negara.

Tinggalkan komen anda