Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan berat


shadow

TAPAH: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan berat di Kilometer 349.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Haziq Mohd Yusof, 21 tahun, beralamat di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Lebuhraya PLUS arah selatan.

“Ia melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan menuju ke arah selatan melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat. 

Foto PDRM

Foto PDRM

“Ia berdasarkan kerosakan teruk di bahagian hadapan motosikal mangsa. Namun, jenis dan nombor pendaftaran kenderaan berat itu tidak dapat dikenalpasti,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan itu, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda