Polis ancam tangkap isteri, bapa yang buta di bawah Sosma, kata tertuduh LTTE


shadow

PENIAGA besi buruk yang ditahan di bawah akta keselamatan memberitahu mahkamah beliau dipaksa membuat pengakuan kepada jenayah yang tidak prnah dilakukannya kerana diugut oleh polis bahawa isteri dan bapanya yag buta juga akan ditahan.

A. Kalaimughilan, 28, ditahan bersama 11 yang lain di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dia didakwa pada 29 Oktober lalu di Mahkamah Sesyen Selayang kerana memiliki beberapa bahan berkaitan dengan LTTE, seperti cakera padat dan pelekat, di sebuah rumah di Bukit Sentosa, Rawang.

Kesalahan berkenaan adalah di bawah Seksyen 130 JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum 7 tahun penjara, atau denda jika sabit kesalahan.

Kalaimughilan hari ini memberitahu hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Awi mengenai pengalamannya ditahan di Penjara Sungai Buloh.

“Ketika saya ditahan kerana kes Sosma, mereka menyuruh saya memakai kaca mata hitam. Apabila saya memakainya, saya tak nampak apa-apa macam orang buta. Kedua-dua tangan saya digari ke belakang.

Kalaimughilan, yang memakai baju putih lengan panjang dan dibka garinya sebelum mengambil tempat di kandang saksi, bercakap dalam bahasa Tamil. Menurutnya, dia diberitahu oleh pengawai penyiasat yang dia ditahan di satu tempat tingkat 10 bawah tanah.

Menurut suspek, dia diminta untuk menulis apa yag diarahkan oleh Ayob Khan, yag merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan seorang pegawai bernama Manivanan. Kedua-dua individu yang disebut dikatakan pegawai atasan polis dan pegawai polis yang menahan Kalaimughilan.

Kalaimughilan berkata, dia diminta oleh seorang lagi pegawai polis beernama Anuar untuk menulis pengakuannya berhubung 15 insiden, seperti menganjurkan acara untuk LTTE. Pegawai berkenaan turut memberitahunya untuk membuang perakataan “pengganas” dan hanya menulis LTTE dalam keterangannya.

“Ketika itu saya sedar yang mereka hanya mahukan cerita yang memihak kepada mereka. Saya beritahu mereka sudah cukup. Saya tidak mahu tuis lagi. Saya beritahu mereka untuk pakai sahaja apa yang sudah saya tulis.

“Selepas itu, mereka beritahu saya sekiranya saya tidak tulis apa yang mereka mahu atau mengaku, mereka beritahu akan rampas barang dari rumah saya, dan menahan isteri dan ayah saya, yang kurang upaya di bawah Sosma.”

Kalaimughilan berkata, dia membantah dan berkata isteri dan ayahnya tiada kena mengena dengan kesnya dan tidak boleh menahan mereka.

“Mereka beritahu saya yang mereka teah tahan timbalan menteri Pulau Pinang P. Ramasamy. Mereka cakap beliau berada di bilik sebelah bilik saya. Mereka juga beritahu saya mereka menahan pemimpin sebuah parti politik, yang saya ingat, adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Tinggalkan komen anda