Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan mahkamah kes fitnah Sultanah Terengganu


shadow

CLARE Rewcastle-Brown serta syarikat penerbit dan percetakan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas yang mengarahkan mereka hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dan disoal balas plaintif dalam kes saman fitnah oleh Sultanah Terengganu.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan bahawa unsur fitnah berjaya dibuktikan dalam saman yang difailkan oleh Sultanah Nur Zahirah terhadap kenyataan dalam buku “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose” yang dilancarkan September tahun lepas.

Ahmad Zaidi juga memutuskan Sultanah Nur Zahirah tidak perlu hadir ke mahkamah kerana baginda membuktikan telah difitnah.

Sultanah Nur Zahirah menuntut ganti rugi RM300 juta daripada ketiga-tiga defendan.

“Kami mendapat arahan untuk memfailkan rayuan,” peguam Americk Sidhu yang mewakili Rewcastle-Brown memberitahu The Malaysian Insight.

Peguam itu juga mewakili dua lagi defendan, iaitu penerbit Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd.

“Pasukan peguam Rewcastle-Brown berpendapat hakim khilaf dalam keputusannya atas pelbagai asas dan alasan,” tambahnya.

Rayuan adalah berkenaan petikan pada muka surat 3 dalam buku Rewcastle-Brown itu, yang didakwa oleh Sultanah Nur Zahirah adalah fitnah.

Tinggalkan komen anda